Sunday, December 14, 2008

Laptop Kesayangan : Acer Aspire 7720-6155 17"W Rosak

Sudah beberapa hari laptop rosak, terasa macam beberapa bulan. Setiap kali start tak sampai 15 minit mati. Memang tak boleh buat kerja. Farrah dah tolong bawakan ke universiti untuk direpair tapi mereka tidak dapat buat dan minta dihantar ke 'Acer'. Memang dalam perancangan untuk hantar tapi entah pagi sebelum subuh ni gatal tangan nak cuba repair sendiri.

Patutlah rosak...

tersumbat dengan habuk, jd udara dari dalam tak boleh keluar, bila terlampau panas, automatik dia mati. Ni teori sendiri la..


Bila dikikis boleh nampak tempat ruang udara keluar.


Bersihkan semua habuk sampai bersih. Selesai masalah dan boleh sambung kerja..hehe

No comments: